Khutbah

“TAZKIRATUL NAFSI” PEMBERSIHAN HATI DAN JIWA

Bertakwalah kita kepada Allah SWT di samping kita sentiasa mengingatinya, sebagaimana firmanNya

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).” (Al-Hasyr:19)

Sidang Jumaat sekalian,

Persoalan akhlak adalah persoalan besar umat masa kini, yang perlu di beri perhatian serius dan segera. Salah satu pendekatan yang perlu di ketengahkan untuk di gunapakai bagi menyelesaikan permasalahan kemelut akhlak umat ialah melalui ‘Tazkiratul Nafsi’.

‘Tazkiratul nafsi’ yang bermaksud pembersihan hati dan jiwa, adalah merupakan salah satu proses pembuangan sifat-sifat tercela diganti dengan penghiasan atau pemakaian diri dengan sifat-sifat mulia dan terpuji.

Antara sifat-sifat tercela yang mahu di bersihkan ialah kekufuran, munafik, syirik, riak, hasad dan bakhil. Manakala sifat-sifat terpuji yang mahu dihiaskan pada diri kita antaranya ialah ikhlas, benar, tawakal, syukur, sabar dan redha. Namun perlu difahami bahawa ‘Tazkiratul Nafsi’ bukanlah satu perkara mudah untuk di laksanakan oleh seseorang. Banyak sekali halangan yang terpaksa di tempuhi, bukan sahaja melalui kesungguhan diri, tetapi tertakluk juga kepada limpah kurnia dan rahmat Allah SWT., sebagaimana yang boleh difahami daripada firman Allah SWT

“ Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatnya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosa selama-lamanya “.(An-Nur ayat 21)

Muslimin yang di rahmati Allah,

Berdasarkan perkara yang di sebutkan tadi, tergambar kepada kita bahawa sekujur diri manusia itu, tak ubah bagaikan suatu medan tempur yang luas, di mana berlangsungnya pertempuran sengit antara gejala jahat dengan kebaikan, dalam proses manusia membentuk keperibadian dirinya.

Hal ini bermakna seseorang yang berjaya melaksanakan ‘tazkiratul nafsi’ dengan sempurna, akan muncul menjadi seorang yang memiliki keimanan yang kental dan akhlak yang mulia di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat.

Antara amalan utama yang dapat memberi kesan langsung dalam usaha ‘tazkiratul nafsi’, dalam bentuk ‘taklif’ suruhan ialah ibadat bersembahyang, puasa, membaca Al-Quran, zikir, Tafakur tentang ciptaan Allah serta menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan.

Dalam proses pelaksanaan ‘tazkiratul nafsi’, anggota zahir yang tujuh iaitu mata, telinga, lidah, perut organ ….., tangan dan kaki mestilah dibersihkan daripada perbuatan atau perilaku yang ditegah oleh syariat Islam. Peranan anggota tersebut dalam menjerumuskan manusia ke lembah kebinasaan dalam kehidupan dunia dan akhirat adalah suatu yang cukup jelas. Firman Allah SWT

“ Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari Jin dan manusia yang mempunyai hati yang tidak (mahu) memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan mempunyai mata yang tidak mahu melihat dengannya, (bukti keEsaan Allah), dan mempunyai telinga yang tidak (mahu) mendengar dengannya, (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”(Al-A’raaf ayat 179)

Dari firman Allah tadi, jelas menunjukkan kepada kita bahawa anggota zahir manusia itu perlu di jaga dengan baik dan di gunakan kepada perkara-perkara yang sepatutnya, untuk mengelakkan pemiliknya daripada terjerumus ke lembah kebinasaan. Sebaliknya apabila penjagaan itu rapi di lakukan, ia akan memberi sumbangan yang bermakna kepada proses ‘Tazkiratul nafsi’.

Sidang Jumaat yang Mulia,

Dalam menjalankan tugas mengistilah,hendaklah membiasakan diri supaya sentiasa bersih dan suci. Kita hendaklah sering bertaubat kepada Allah SWT
Maksud daripada perkataan taubat ialah membebaskan diri daripada segala jenis dosa dan maksiat, menyesal di atas segala dosa yan telah lalu dan berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa tersebut pada masa akan datang, sebagaimana firman Allah S.w.t.

“ Sesungguhnya penerimaan taubat itu oleh Allah S.w.t. hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, ,maka (dengan adanya dua sebab itu ), mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.( An-Nisa’ ayat 17 )

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama melakukan pembersihan hati dan jiwa atau ‘Tazkiratul Nafsi’ dengan penuh kesungguhan dan sempurna, supaya kita muncul sebagai personaliti yang dihiasi dengan akhlak mulia, yang boleh berperanan menabur bakti kepada masyarakat serta dapat mengatasi segala halangan dan dugaan dengan selamat. Penting dan relevannya aspek ‘Tazkiratul nafsi’ kerana ia berkaitan dengan persoalan pembentukan akhlak.

“ Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.”( Surah Al-Ahzaab ayat 41)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: