Archive for July, 2009

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI.

1. Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunanaikan haknya.

2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.

3.Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya

4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.

5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya

6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.

7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.

8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.

9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya

10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

Sabda Nabi s.a.w :

” Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi jadilah kamu air bah, nengubah , dunia dengan amalmu “.

Dari Auf bin Malik r.a. katanya : ” RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari – doa beliau, nengucapkan :” Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia kedalom syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ‘ Auf : ” Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu saya.”

Advertisements

Comments off

Bekalan kerohanian seorang pendakwah.

Mu’ahadah

Dengan sifat ber mua’hadah, dengan cara mengingati dan merenungi perjanjian dengan Allah swt dapat memberikan rasa hibah dan takut serta gentar dengan Allah. Bila dah seseorang tu ada sifat ini, pastilah ada kekuatan jiwa untuk berkhidamat di jalanNya, walaupun tanpa “komisyen”.

Muraqabah

Merasakan pengawasan Allah tu ada. Dengan adanya perasaan ini ia dapat membendung kecenderungan hawa nafsu yang jahat dari melakukan sesuatu yang mungkar.

Muhasabah

Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahawa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Tirmidzi, ia berkata, ‘Hadith ini adalah hadith hasan’)

Seorang pendakwah perlu menghisap dirinya setiap kali berlalu dan berakhirnya segala amalannya, adakah amalannya ikhlas, hanya menuntut keredhaan Allah, atau adakah perasaan riya’ dalam amalannya. Muhasabah jika sering di lakukan, ia akan lebih membuatkan diri seseorang lebih dekat padaNya.

Mua’qabah

Memberi hukuman ke atas dirinya sebab seseorang tu rasa lalai atau alpa dalam beribadat. Bagi seseorang pendakwah, jika dia merasakan dirinya melakukan sesuatu kelalaian atau terlanjur melakukan sesuatu kesalahan, dia akan terus beristighfar memohon keampunanNya dan menangisi kekurangan dirinya serta membayangkan betapa dahsyat hukuman di sana nanti.

Mujahadah

Menghidupkan rasa kesungguhan dalam diri seseorang pendakwah melawan hawa nafsunya ke arah memperelokkan ketaatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah, berusaha menambah dan melipat gandakan ketaatan kapada Nya.

Ditulis oleh ummumuhib

Comments off

RIAK PENGHAPUS PAHALA

Sifat Riak adalah satu daripada sifat mazmumah yang boleh menghapuskan
segala pahala amalan yang telah kita lakukan. Perumpamaan sifat riak ini
adalah umpama api yang memakan sekam. Diluarnya dilihat baik tetapi di
dalamnya mengandungi niat yang tersembunyi selain dari Allah. Amalan yang
dilakukan bertahun-tahun lamanya itu hanya daloam sekelip mata sahaja
dihapuskan oleh perbuatan riak yang dilakukan walaupun sekali.

Ketahuilah bahawasanya riak itu haram hukumnya. Orang yang melakukan sesuatu
perbuatan dengan riak akan dimurkai Allah. Firman Allah :

“Maka celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang, yang sentiasa lalai
kepada sembahyangnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak (iaitu
minta amalannya dilihat orang).” ( Al Ma’un: 4-6)

Untuk melawan riak, maka seseorang itu perlu ikhlas di dalam amalannya.
Tanpa ikhlas, sesuatu amalan akan tertolak. Amalan yang lain kalau ikhlas
akan diterima oleh Allah. Ikhlas ialah meniatkan sesuatu yang dilakukan atau
yang ditinggalkan kerana Allah. Kalau tidak diniatkan sesuatu yang kita
lakukan itu kerana Allah , maka amalan tersebut itu tidak di anggap ikhlas
dan tertolak serta tidak ada nilaiannya disisi Allah.

Ikhlas itu yang sebenarnya adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh
sesiapa pun. Tetapi walaupun ia rahsia, namun Islam ada membuat garis
panduan untuk kita mengukur hati kita dan membentuk kita agar benar-benar
ikhlas. Caranya, orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja.
Pujian tidak membanggakan danm kejian tidak mengecewakan kita. Itulah tanda
ikhlas. Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan
pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas. Bagi orang yang
ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhoaan Allah.
Pandangan dan pujian manusia langsung tidak diendahkan. Pernah suatu ketika
di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh,
terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa
dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya.
Maka dijawab oleh Sayidina Ali “ Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah
ludahnya itu adalah kerana marah bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang
yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari
keredhoaan Allah.

Untuk mendapatkan ihklas bukannya mudah. Tanpa usaha yang sungguh-sungguh
melawan nafsu dan syaitan, ikhlas tidak akan kita dapati. Syaitan telah
bertekad untuk menghancurkan kita. Ingatlah janji Iblis ketika dihalau Allah
s.w.t dari syurga yang difirmankan oleh Allah di dalam Al Quran :

“Jawab Iblis : Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semua.
Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas dikalangan mereka.” (Sod : 82-83 )

Syaitan akan menyelinap di dalam hati setiap manusia untuk merosakkan amalan
dengan rasa ujub dan riak. Orang yang tidak mempunyai ikhlas sekalipun tuan
guru, ustaz ustazah,, kadhi, imam apalagi orang biasa, pasti Allah biarkan
mereka itu terperangkap di dalam jerat ujub dan riak yang merupakan jerat
syaitan dan nafsu. Bila Allah biarkan yang sedemikian, maka nerakalah tempat
kembalinya. Oleh itu hati-hatilah di dalam melakukan setiap amalan dan
pohonlah pimpinan Allah agar setiap amalan yang kita lakukan itu adalah
untuk Allah semata-mata bukan untuk kepentingan diri dan nafsu kita.

Comments off

TAKABBUR MEROSAKAN AMALAN

Sifat takbur adalah merujuk atau sinonim kepada sifat-sifat seperti sombong, angkuh, bermegah-megah, ego dan menganggap orang lain atau puak lain lebih rendah daripada dirinya atau puak/golongannya.

Sifat ini tergolong dalam kumpulan sifat-sifat keji dan tidak disukai sama sekali oleh Allah S.W.T, sebagaimana peringatan Allah di dalam surah An-Nahl ayat 23:

Maksudnya:”Sebenarnya, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur itu”.

Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada Abu Zar r.a.:”Wahai Abu Zar! Barangsiapa yang mati manakala di dalam hatinya ada sebesar debu daripada sifat-sifat takbur, maka dia tidak akan mencium bau syurga kecuali dia sempat bertaubat sebelum maut menjemputnya”.

Manusia yang berlagak takbur akan sentiasa dilaknat oleh Allah, kerana mereka menyaingi kebesaran dan keagungan Allah. Juga kerana mereka telah membesarkan diri mereka sendiri, bukan orang lain yang membesarkannya. Mereka seumpama iblis di mana pada mulanya merupakan makhluk yang sangat kuat beribadah, tetapi akibat buruk daripada sifat takburnya, maka dalam masa satu saat sahaja dia dilaknati oleh Allah S.W.T, hingga ke hari ini dan sampai kiamat.

Demikianlah juga segala niat dan perbuatan kita, andainya ditegakkan di atas dasar/sikap takbur, maka akan hancur lebur dan sia-sialah hidup serta amalan kita. Dengan kerana takbur itu hajatnya akan ditolak, puasanya sia-sia, sembahyangnya akan membawa kecelakaan. Salman Al-Farisi r.a. adalah antara seorang sahabat Rasulullah S.A.W, ketika ditanya: ‘Apakah perbuatan buruk yang menyebabkan semua kebaikan menjadi sia-sia? Beliau menjawab: Takbur.

Janganlah kita merasa membanggakan diri dengan ilmu yang banyak dan tinggi,mempunyai pangkat yang besar,hidup yang mewah sehingga memandang rendah pada orang lain,. Takbur merupakan sifat Allah, kerana Allah tiada mempunyai saingan. Tiada sesiapa yang mampu mengatasi atau menandingi-Nya dalam kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. Andainya, sifat berkenaan kita guna pakai, maka sudah tentulah kita sudah tersalah guna sifat kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

Kesombongan bukan sahaja merugikan manusia, malah mengheretnya kepada kehinaan di akhirat kelak.

Haritsah bin Wahab r.a. berkata Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:”Mahukah kamu aku beritahu tentang ahli neraka? Iaitu setiap sifat keras hati, berjalan dengan angkuh dan sombong”. (HR Muttafaqun ‘alaih).
Manakala tips, bagaimana hendak mengatasi sifat takbur yang kadang-kadang menyerang diri kita secara tiba-tiba adalah apabila sifat tersebut timbul disudut hati kecil kita yang berkaitan dengan keturunan, kecantikan, kekayaan, keilmuan, kuasa dan pengaruh. Maka, sedar dan ingatlah bahawa bukan kita sahaja secara mutlak yang mempunyai keturunan, kecantikan, kekayaan, ilmu, kuasa dan pengaruh. Malah masih ramai lagi individu atau kumpulan lain yang memiliki taraf yang sama dengan kita, bahkan itu adalah kurniaan Allah swt semata-mata kepada kita.

Firman Allah swt;

“Tiada daya ( untuk meninggalkan maksiat) dan tiada upaya ( melakukan ketaatan) kecuali dengan (anugerah atau izin) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Saudara-saudaraku..Apalah yang hendak kita banggakan dengan ibadah yang dilakukan, kerana keseluruhan modal untuk kita melakukan taat itu sendiri datangnya daripada Allah. Ruh, jasad, urat saraf, tulang belulang, sendi, darah, kudrat, keinginan serta kemahuan, kerajinan serta ketekunan semuanya daripada Allah. Hatta bisikan hati untuk melakukan taat itu sendiri adalah anugerah Allah swt. Betapa agungnya kurniaan Allah. Lidah yang bergerak untuk memuji Allah itu juga kurniaan Allah, hatta kalimah pujian itu juga dibisikkan Allah kedalam hati hamba. Siapalah kita nak berlagak di hadapan Tuhan.

saudara-saudaraku..Cuba direnung secara halus. Berapa peratuskah keterlibatan kita untuk menghasilkan segenggam beras?. Kita hanya menabur benih yang telah disediakan oleh Allah. selepas tabur, kita pulang kerumah. Benih yang kita tabur di sawah terus bertunas. Segala keperluan tumbesarnya disediakan Allah. Bahan organiknya, udaranya, airnya, cahaya mataharinya dan lain-lain. Sampai masanya keluarlah biji-biji padi yang berisi. Cuba bayangkan.layakkah kita mendapatkan hasilnya jika sekadar itu sahaja kerja yang kita buat dan terlibat?. Namun dengan kurniaan Allah dan kasihsayangNya kita terus menerus dilayaniNya dengan penuh kasih sayang. Maka layakkah kita untuk berlagak sombong di atas muka bumi Allah ini dan layakkah lagi kita mendurhakaiNya,

Comments off

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Comments off